Senifoto ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak
boleh berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Ketika
teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan tamadun manusia, ilmu amat
penting bagi menjana mutu kerja pengamal senifoto. Dalam era ledakan ICT perkembangannya
amat ketara sekali apabila senifoto telah diadun bersama teknologi ICT dan
wujudnya Kamera Digital yang telah merobah dunia senifoto.
Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya
terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar
hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital
waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional.
Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira
selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format
SLR (Single Lens Reflex). Walaubagaimanapun harganya mesih mahal dan tidak
semua orang mampu memilikinya namun terdapat kamera digital yang menyerupai SLR
boleh dibeli dengan harga agak murah.
No comments:
Post a Comment